Home Nasional Covid-19: 257 kes kematian, tertinggi direkodkan

Covid-19: 257 kes kematian, tertinggi direkodkan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 257 kes kematian yang diakibatkan Covid-19 dilaporkan hari ini dan merupakan bilangan paling tertinggi pernah dicatatkan sepanjang penularan pandemik.

Dalam masa yang sama menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga semakin meningkat iaitu mencecah 1,069 kes.

“Yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah 553 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, kes sembuh juga meningkat daripada semalam iaitu 12,704 kes.

Ini menjadikan jumlah kes yang telah sembuh dari wabak itu adalah 962,733.

Terdahulu daripada 19,819 kes positif baharu hari ini, 23 daripadanya merupakan penularan import.

Manakala selebihnya melibatkan kes tempatan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Malaysia rekod kes harian tertinggi 19,819