Home Nasional Exco Bersatu Johor jalankan tugas seperti biasa

Exco Bersatu Johor jalankan tugas seperti biasa

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, beliau bersama tiga lagi  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Johor masih lagi meneruskan tugas harian seperti biasa.

Tiga lagi Exco dari Bersatu ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Tosrin Jarvanthi ( Bukit Permai) ; Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang ( Puteri Wangsa);  Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Datuk Mohd Izhar Ahmad ( Larkin).

Beliau yang juga merupakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastuktur ketika dihubungi MalaysiaGazette memberitahu, Bersatu Johor sentiasa berpegang teguh bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Bersatu Johor.

“Ya betul,saya dan rakan Exco dari Bersatu masih lagi menjalankan tugasan demi memastikan kelancaran kerajaan negeri. Begitu juga dengan ADUN lain dari Bersatu lain, mereka masih bersama bekerja turun padang membantu rakyat.

“Semua kerja-kerja berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika waktu  pendemik ketika ini,” katanya.

Jelas Solihan lagi, segala keputusan yang akan dibuat perlu menunggu keputusan daripada Muhyiddin.

Selain Muhyiddin, Solihan, Tosrin,  Mazlan dan Mohd Izhar terdapat tujuh lagi ADUN Bersatu di Johor.

Mereka ialah Mazlan Bujang (Puteri Wangsa); Datuk Osman Sapian (Kempas); Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong); Mohd Izhar Ahmad (Larkin); Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (Permas); Rasman Ithnain (Sedili); Rosleli Jahari (Johor Lama) dan Alwiyah Talib (Endau); Dr Chong Fatt Full (Pemanis).- MalaysiaGazette