Home Utama Kalau cukup majoriti, kenapa tunggu bulan September?

Kalau cukup majoriti, kenapa tunggu bulan September?

revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sokongan majoriti Ahli Parlimen yang dimiliki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.
Malah bekas Perdana Menteri itu juga pelik kenapa Muhyiddin hanya akan mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sesi Parlimen bulan September depan sedangkan beliau mendakwa memiliki sokongan Ahli Dewan Rakyat yang mencukupi.
Ini kerana jelas Ahli Parlimen Pekan itu, ketika ini ramai Ahli Parlimen bebas bergerak ke sini sini dan mesyuarat setiap malam di rumah Muhyiddin.
“Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. Dia kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. Ingat. Dia kata 8 sahaja.
“Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti. Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi Parlimen bulan September. Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?
“Sebab Covid masih serang parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.
Najib turut mempertikaikan kenyataan Muhyiddin yang mendakwa Ahli Parlimen yang menarik sokongan kepadanya adalah mereka yang berdepan kes mahkamah dan mahu ia  digugurkan.
“Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.
“Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain,” tulisnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebenarnya kami ni yang tak boleh nak tunggu lama-lama. Tak sempat nak kawtiem dgn PM baru supaya settlekan kes mahkamah kami. Kalau mahkamah jatuh hukum lagilah rosak…. Rakyat tengah mareah ni; this is the best time to strike…

Comments are closed.