Home Nasional Kami bukan berhimpun tapi disekat polis masuk pejabat Parlimen – MP pembangkang

Kami bukan berhimpun tapi disekat polis masuk pejabat Parlimen – MP pembangkang

Tony Pua Kiam Wee berjalan keluar selepas memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Lim Lip Eng dan Tony Pua mendakwa kehadiran beliau pada hari Isnin lalu di hadapan Dataran Merdeka bertujuan untuk memasuki pejabat Parlimen bagi meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen Kepong.

Kedua-dua pemimpin pembangkang DAP itu berkata, mereka bukannya datang berhimpun di Dataran Merdeka seperti mana didakwa dan dilaporkan semua pihak.

“Polis tadi ada tanya siapa penganjur himpunan ahli Parlimen pembangkang Isnin lepas, saya cakap tidak tahu, tidak ada maklumat mengenai penganjur kepada polis tadi.

“Proses rakam percakapan berjalan lancar tanpa masalah dan polis tidak memaklumkan seksyen yang digunakan untuk mengambil keterangan dan menyiasat kami yang selesai hampir sejam bermula 10 pagi tadi.

“Kami cuba masuk menerusi semua pintu masuk utama dna alternatif yang ada tetapi semuanya dikepung dan dihalang polis. Kami berkumpul sebab polis dah kepong kami.

“Saya meminta kerjasama polis tanpa membuang masa menyiasat kami atas dakwaan berhimpun, lebih baik menyiasat mereka yang berhimpun di rumah peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin ramai-ramai malam tadi,” katanya.

Tony Pua yang turut menjelaskan bahawa beliau disoal mengenai perhimpunan dan penjarakan fizikal.

“Kami bukan berhimpun cuma nak masuk teruskan kerja di Parlimen tapi disekat. Saya berharap polis tunjukan perhatian kes lebih serius daripada menghalang kerja ahli Parlimen,” tegasnya.

Mazlee Malik pula pula menegaskan polis telah menjalankan tugas merakam keterangan daripadanya secara profesional tanpa masalah.

“Fahmi Fadzil akan bercakap mewakili kami tengahari nanti,” tegasnya sebelum beredar dari IPD Dang Wangi.

Setakat 11.45 pagi tadi kecuali Ahli Parlimen Fahmi Fadzil,  kesemua tiga ahli Parlimen pembangkang lain sudah selesai memberi keterangan dan meninggalkan kawasan tersebut.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Apa yang istimewa sangat monet2 ni?

    Kalau dengan rakyat biasa DAH LAMA pihak polis keluarkan surat saman?

    Rakyat memerhati tindak tanduk polis2?

Comments are closed.