Home Politik Pejuang nafi sokong kerajaan PN dan Muhyiddin

Pejuang nafi sokong kerajaan PN dan Muhyiddin

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menggesa kerajaan menyekat penjualan beberapa kategori barangan luar dalam platform e-dagang untuk membantu dan melindungi usahawan tempatan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menafikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana pihak apatah lagi untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang jelas telah gagal.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata, ahli-ahli parti itu juga tidak pernah menandatangani sebarang akuan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebarang tularan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ulya Awamah, Pejuang sentiasa konsisten menyatakan bahawa parti ituĀ  tidak bersetuju dengan kerajaan sedia ada dan berkali-kali meminta Perdana Menteri serta Kabinetnya meletakkan jawatan.

Katanya, fokusĀ  Pejuang masih kekal kepada langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan rakyat dalam menghadapi masalah kesihatan dan ekonomi.

Kenyataan Pejuang itu menyusul selepas Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional serta beliau sendiri mempunyai majoriti keyakinan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Berikutan itu, satu senarai nama ahli-ahli Parlimen yang ddakwa menyokong Muhyiddin termasuk dari kalangan pembangkang mula tular. – MalaysiaGazette