KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi perutusan khas pada jam 12.30 tengah hari ini.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani dan TV Al Hijrah.
Perutusan itu dipercayai ada kaitan dengan perkembangan politik negara selepas UMNO membuat keputusan menarik semula sokongan terhadap Muhyiddin semalam.
Pagi tadi, perdana menteri telah mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Tetapi ada sumber-sumber menyatakan perutusan khas ini melibatkan perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan Fasa 2 susulan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.- MalaysiaGazette