Home Politik Tidak perlu tunggu September untuk usul undi percaya – Parti MUDA

Tidak perlu tunggu September untuk usul undi percaya – Parti MUDA

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyegerakan persidangan Dewan Rakyat sekiranya benar masih mempunyai sokongan majoriti.

Biro Politik PartiĀ Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerusi kenyataan berkata, tidak ada alasan untuk melengahkan persidangan Dewan Rakyat sehingga September.

Parti itu yakin bahawa parti pembangkang yang lain juga tetap bependirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu berundur.

“Tidak ada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September. Parti MUDA juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah gagal dan perlu berundur.

“Kami percaya ia juga adalah pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin hari ini menerusi perutusan khas berkata, usul undi percaya kepadanya akan dibentangkan September ini.

Ujarnya, perkara tersebut telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, sementara itu Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran akan berfungsi seperti biasa dalam melaksanakan tugas kepada rakat dan negara.

Tambah Muhyiddin, beliau telah menerima surat akuan daripada Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan dirinya masih mempunyai kepercayaan majoriti pada masa ini.

Sehubungan itu, isu berkaitan peletakan jawatannya tidak berbangkit.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.