Home Politik Tinggalkan sahabat ketika susah bukan amalan baik – Khairil

Tinggalkan sahabat ketika susah bukan amalan baik – Khairil

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Senator Khairil Nizam (kiri) bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiidn Yassin.

KUALA LUMPUR – “Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision. Kami akui ada kelemahan sebagai manusia tetapi meninggalkan sahabat ketika susah, bukanlah amalan yang baik.”

Itu luahan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Senator Khairil Nizam.

Menurutnya, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas berdiri teguh untuk terus mendokong Kerajaan PN.

“Usaha mensabotaj perancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat amat dikesalkan.

“Mereka yang berada dalam Kluster Mahkamah telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-tindakan,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.

Beliau turut memuatnaik gambarnya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri.

Selain itu, Khairil menasihati barisan petugas barisan hadapan supaya jangan bimbang dengan polemik politik yang dicipta Kluster Mahkamah.

“Sebentar tadi, Perdana Menteri telah menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan komited dengan agenda Pelan Pemulihan Negara dan pelbagai bantuan untuk rakyat yang dirancang akan diteruskan,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SELAGI PERASAAN HASAD DENGKI DENDAM KESUMAT MASIH TERUS MEMBARAH ….SAMPAI KIAMAT PUN PENYATUAN TOLAK ANSUR TERUS BERKUBURR

Comments are closed.