KUALA LUMPUR – Rangkaian produk penyelidikan berinovasi tinggi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah dengan merangkul 14 pingat di Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 2021) secara dalam talian.
iCompEX 2021 telah berlangsung pada 14 Mei hingga 27 Julai 2021 menjadi medan
ukuran pengiktirafan rangkaian produk inovasi bertaraf dunia yang dihasilkan oleh
barisan penyelidik dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, kejayaan
kumpulan penyelidik UTeM dengan merangkul 14 pingat dilihat terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi berimpak untuk kemaslahatan komuniti sejagat.
Jelasnya, ianya adalah selari dengan budaya di UTeM yang mana berteraskan
acuan penzahiran konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry
and Community.
“Selari itu maka kian jelas keberadaan dan sumbangan UTeM memberikan
sumbangan langsung kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan
aspirasi nasional yang dihasratkan kepada universiti tempatan,” ujar beliau dalam
kenyataan yang diberikan baru-baru ini.
iCompEX 2021 menyaksikan UTeM telah berjaya menggondol 14 pingat secara
keseluruhan yang terdiri daripada 5 pingat emas, 7 pingat perak dan 2 pingat
gangsa.
Pingat emas telah diungguli menerusi produk inovasi V4Fisio diketuai Profesor
Madya Dr Mariam Md Ghazaly dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Smart
Smoke Level Detection for Rubber Strain Gauge With Ambient Monitoring diketuai Ts
Dr Adam Wong Yoon Khang dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (FTKEE).
Sanitizer Wheelchair Excellent Device (SWED) 2020 diketuai Ruzy Haryati Hambali
dari Fakulti Kejurteraan Pembuatan (FKP) dan Environmentally Friendly Inhibitor-Zingiber Officinale Extraction diketuai Dr Mohd Fauzi Mamat dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).
Manakala Intelligent Oil Palm Fruits Segregator diketuai Ts Dr Faiz Arith dari Fakulti
Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).
Tujuh pingat perak pula telah dimenangi menerusi produk inovasi Incorporating
Cuscn and Cui As Hole Transporting Layer for Solar Cell Applications, Foot Operated
Door Knob dan IOT Based Indoor Air Quality Monitoring System.
Multi-language Smart Book Reader for Visual Impairment Person, AMI3L-Aplikasi
Membaca Interaktif: Lihat, Latih dan Lancar, Automatic Compose Bin dan Ergonomic
Specimen Grinder and Polisher.
Sementara itu 2 pingat gangsa yang telah dimenangi UTeM pula adalah menerusi
produk 3D Printed Denture dan E-Repository.
iCompEX 2021 yang dijalankan secara dalam talian itu merupakan anjuran Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. – MalaysiaGazette