Home Politik Kelirukan YDPA dalam isu majoriti satu penderhakaan tertinggi – Anwar

Kelirukan YDPA dalam isu majoriti satu penderhakaan tertinggi – Anwar

MPPH telah buat penelitian bahawa Muhyiddin cuba kelirukan YDPA.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bersama rakan dan parti pembangkang memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukannya sebagai perdana menteri selepas UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tindakan perdana menteri itu satu perbuatan penderhakaan tertinggi terhadap ketua utama negara dan tidak patut dimaafkan.

Perkara itu, kata beliau, boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan sahaja iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

“Pimpinan PH membuat perkiraan yang teliti bersama rakan dari parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Muhyiddin, ternyata beliau telah tidak bercakap benar dan telah mengelirukan Yang di-Pertuan Agong sewaktu sesi mengadap semalam.

“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda,” katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Anwar, tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga September amat tidak wajar kerana isu sokongan terhadap Muhyiddin dan kestabilan kerajaan PN mesti diputuskan sekarang.

Kata beliau, selagi mana ia ditangguhkan, selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat diselesaikan.

Malah, Raja-Raja Pemerintah telah bertitah pada 16 Jun lalu betapa pentingnya kerajaan itu stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.

“Rakyat yang tertekan akibat masalah ekonomi serta pandemik Covid-19, termasuk jumlah kes dan kematian yang begitu tinggi setiap hari mewajibkan kita menyelesaikan masalah ini sekarang,” katanya.

Beliau mengulangi pendirian MPPH dan semua parti dalam blok pembangkang termasuk Ahli-ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin iaitu mendesak diadakan sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk memutuskan isu itu.

“Kami turut memohon semua penjawat awam terutamanya badan penguatkuasa terus bertindak secara profesional, neutral dan tidak sesekali mengikut selera politik parti pemerintah sekarang untuk menekan atau mengugut Ahli-ahli Parlimen khususnya dalam hal sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Mungkin mahiaddin lebih baik dari anwar siapa tahu???? Anwar sanggup bersyubhat dengan penjenayah untok dapat kuasa. Ini dah kira rasuah dah. Pru15 nanti rakyat jangan pilih anwar jadi pm.

  2. Anuwar tu semuanya dia betul.. Sebenarnya dia la yg paling tk guna sekali..
    Mesti diingat sekutu anwar iaitu DAP celaka bercita-cita nk hapuskan sistem beraja.

  3. Korang bertiga ni la pengkhianat terbesar n manusia putar belit paling handaldalam malaysia..
    Setan2 sembuPKR, DAPig n PANtat ni la sebenarnye penderhaka pada agong,raja2 n bangsa melayu..
    Setan2 ni la yg mengadai bangsa sendiri..

Comments are closed.