KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi kini menawarkan promosi eksklusif bersempena Festival Jenama 8.8 Shopee yang berakhir pada 8 Ogos ini.
Spritzer dalam kenyataannya berkata, individu perlu kekal hidrasi dan sihat di dalam cuaca panas sekarang di samping menjaga keselamatan diri.
“Dengan membeli pelbagai pelan langganan Air Mineral Semula Jadi Spritzer terus dari rumah secara selesa menerusi https://shopee.com.my/spritzer.os daripada harga serendah RM127.50 sebulan bagi memenuhi keperluan berbeza isi rumah yang boleh dihantar secara selamat ke rumah anda,” kata Spritzer.
Selain itu, setiap pelan langganan didatangkan dengan dispenser pam air yang boleh dicaj semula, yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga ringan dari segi reka bentuk, kompak dan mudah alih.
Spritzer juga memperkenalkan So Tinge!, barisan baharu minuman berkarbonat berperisa buah-buahan yang didatangkan di dalam tiga perisa – lemon, anggur dan tembikai, dibotolkan dalam kandungan 325ml, yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga pada hari panas.
Bersempena dengan Festival Jenama 8.8 Shopee, Spritzer menawarkan di kedai rasmi Syarikat di Shopee pilihan Spritzer Sparkling dengan potongan 50 peratus daripada harga biasa.
Sehingga 8 Ogos nanti, pengguna juga akan menikmati baucar menarik seperti diskaun RM10, dengan minimum perbelanjaan RM120, potongan 88 peratus, dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5.
Selain itu, potongan 50 peratus, dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5.
Manakala para pengguna yang membeli belah di kedai rasmi Spritzer di Shopee, juga akan menikmati penghantaran percuma dengan minimum perbelanjaan serendah RM8, potongan harian 88 peratus dan tawaran berjenama RM8.
Terdapat juga sehingga 38 juta Syiling Shopee untuk direbut bersama ganjaran Shopee apabila pembeli bermain Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble, Shopee Candy dan banyak lagi. – MalaysiaGazette