Home Sukan Granada jadi pilihan Romero

Granada jadi pilihan Romero

Sergio Romero. Foto www.manutd.com.

LONDON – Bekas penjaga gol Manchester United  Sergio Romero bersedia ke kelab lain selepas kontraknya bersama kelab itu telah tamat.

Romero dilaporkan akan memilih kelab Sepanyol, Granada apabila dia ditawarkan kontrak selama dua tahun.

Pada musim lalu, Granada telah disingkir United dalam peringkat suku akhir Piala Europa.

Perlawanan terakhir Sergio Romero bersama United ialah pada perlawanan Piala Europa ketika musim 2019/2020 menentang Copenhagen FC.

Namun pemain antarabangsa Argentina itu telah digugurkan dalam perlawanan separuh akhir Piala Europa yang menyaksikan United tewas sekaligus mengulangi kekecewaan ketika di Piala Carabao dan Piala FA.

Musim lalu, United tidak membenarkan Romero berhijrah sehingga kontraknya tamat.

Dalam usia 34 tahun, dia masih boleh beraksi lagi dan Granada adalah tempat pilihan yang pertama untuknya.

Penjaga gol Granada ketika bertemu United pada waktu itu ialah Rui Silva yang kontraknya telah tamat akhir musim lepas.

Dia telah berhijrah dan menandatangan kontrak lima tahun bersama Real Betis.

Ketika ini, Granada hanya mempunyai seorang penjaga Gol iaitu Aarón Escandell Banacloche yang merupakan kelahirab akademi Granada dan mempunyai enam penampilan bersama kelab itu

Granada merupakan kelab yang sesuai untuk Romero memulakan kembali kariernya sebagai penjaga gol utama selepas dia hanya menjadi penjaga gol simpanan di United sejak 2014.

Bulan lalu, The Telegraph melaporkan Chelsea bersedia menerima Romero selepas kontraknya bersama United tamat.

Namun dia akan menjadi pilihan ketiga di belakang Edouard Mendy dan Kepa Arrizabalaga. – MalaysiaGazette