Home Politik Saya belum terima surat SUA UMNO – Ismail Sabri

Saya belum terima surat SUA UMNO – Ismail Sabri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media tergempar berkenaan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Menara DBKL, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OGOS 2021.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media tergempar berkenaan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Menara DBKL, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewaliki 31 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang pembuat pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkata, pihaknya belum menerima sebarang surat daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO tidak pasti sama ada surat itu sudah diserahkan kepada pegawainya atau tidak.

“Saya kata (tindakan disiplin) saya akan baca surat itu. Saya belum terima lagi.

“Mungkin melalui pegawai saya. Tak sempat buka WhatsApp. Mungkin sudah hantar,” katanya dalam sidang media tergempar 31 ahli Parlimen BN di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, UMNO dilaporkan telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Surat yang dihantar oleh Ahmad Maslan itu meminta semua ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum esok.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, surat yang dihantar Ahmad Maslan itu sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan.

Justeru itu, kesemua mereka mendesak agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat mengadakan pertemuan dengan semua ahli Parlimen BN bagi menjelaskan niat sebenar beliau.

“Kita akan melihat perkara ini dan akan buat keputusan sama ada kena jawab atau tidak kita akan jawab bincang nanti. Dalam masa sama, oleh kerana arahan presiden libatkan kami ahli Parlimen, kami desak presiden jumpa kami supaya dapat dijelaskan hasrat beliau kepada kami.

“Tidak boleh keluarkan arahan, tiba-tiba tanpa berjumpa dan menjelaskan kepada kami,” desak Ismail lSabri agi.

Dalam pada itu, beberapa ahli Parlimen BN masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan pendirian mereka.

Antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Tak dapat hubungi Bung Moktar, kami akan terus hubungi mereka. Noraini tutup telefon,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

31 ahli Parlimen BN kekal sokong kerajaan PN – Ismail Sabri