PENTAGON – Komando Pusat Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) yang menyerang kapal tangki di Oman minggu lalu dihasilkan di Iran.
Dakwaan itu dibuat hasil siasatan forensik yang dijalankan.
Bukti tersebut telah dikongsi dengan pakar peledak di Britain dan Israel yang juga bersetuju dengan penemuan tersebut.
Serangan ke atas MT Mercer Street yang dikendalikan Israel telah mengorbankan dua orang – seorang pengawal keselamatan Britain, Adrian Underwood dan kapten Romania.
Susulan serangan itu, Britain, AS, Israel dan Romania, dengan cepat menyalahkan Iran walaupun Tehran menafikannya.
Malah Iran mencabar supaya negara-negara yang menuduhkan membuktikannya.
Sepanjang minggu lalu, pasukan penyiasat letupan dari kapal induk Angkatan Laut AS, USS Ronald Reagan telah memeriksa bukti yang ditinggalkan oleh serangan drontersebut.
Setelah menemu ramah mangsa-mangsa yang selamat dan mengkaji sisa letupan, mereka membuat kesimpulan bahawa kapal itu disasarkan oleh tiga dron secara keseluruhan.
Dua yang pertama, yang dilancarkan di kapal pada petang Khamis 29 Julai tetapi gagal mencapai sasaran.
Tetapi dron ketiga, dilancarkan pada awal hari Jumaat 30 Julai penuh dengan bahan letupan tentera, menghentam penempatan utama dan meletup, membunuh kedua-dua lelaki itu dan meninggalkan kesan lubang diameter 2 meter.
Penyiasat mengatakan ujian kimia meletup telah mengenal pasti sisa peledak itu sebagai RDX, bahan letupan berasaskan nitrat, yang menunjukkan UAV digunakan untuk menyebabkan kecederaan dan kemusnahan.
Penyiasat juga menemui bahagian sayap drondan setelah melakukan ujian lebih lanjut mereka menyimpulkan dron tersebut dihasilkan di Iran.
Pernyataan bersama yang dikeluarkan oleh semua negara G7 pada hari Jumaat mengecam tindakan Iran dan mengatakan tindakannya mengancam keamanan dan kestabilan. – BBC