KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan individu tidak tahu malu apabila cuba mencari peluang atas kejayaan jaguh pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Azizulhasni meraih pingat perak dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.
Malah bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa hanya mahu mencari kepentingan politik dengan bermain wayang di atas kejayaan pelumba itu, kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Ini kerana menurutnya, Syed Saddiq ketika menjadi menteri pernah mengemukakan cadangan supaya kerajaan menamatkan khidmat sebahagian besar jurulatih asing selepas tamat Sukan Asia 2018 dengan alasan gaji mereka terlalu tinggi dan hasilnya tidak seberapa.
Antara individu yang dikatakan terbabit dengan penstrukturan semula jurulatih berkenaan termasuk Ketua Jurulatih Skuad Basikal Trek Negara, John Beasley.
“Tahukah tuan-tuan, masa dia (Syed Saddiq) berkuasa dahulu ketika menjawat Menteri Belia dan Sukan, dia pernah cuba nak tamatkan kontrak jurulatih Datuk Azizulhasni Awang atas alasan nak jimatkan kos.
“Tetapi apabila Azizulhasni telah menang perak di bawah kendalian jurulatih tersebut, dia pula melompat macam beruk dapat belacan. Walhal dia (Syed Saddiq) dulu nak cuba hancurkan karier atlet tersebut.
“Inilah dia Saddiq, tak pernah tak kelakar,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Beasley enggan terlalu memikirkan sangat sama ada beliau akan terus kekal membimbing skuad lumba basikal trek kebangsaan selepas Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berakhir, pada September 2018.
Ketua jurulatih itu menegaskan, beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa kerana fokus utamanya adalah untuk memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai di Sukan Asia 2018 lalu.
“Saya fikir jika Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) mengeluarkan kenyataan sedemikian, anda sendiri selaku orang awam boleh berfikir sama ada tindakan itu tepat atau sebaliknya menjelang Sukan Asia 2018.
“Saya tidak boleh mengawal Menteri Belia dan Sukan daripada mengeluarkan kenyataan, jika beliau (Syed Saddiq) melakukan apa yang dikatakan maka saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan saya rasa kami akan menerima kenyataan itu?” soal Beasley yang dipetik dari media sebelum ini.- MalaysiaGazette
bukan tak malu….HILANG KEMALU AN geng2 P UNAH H arapan pakatan hancing kekal dengan IDENTITI TERUS MENGENCING….antara contoh BILA berkuasa…Tarik balik elaun KRITIKAL…hilang kuasa jadi HERO TAMIL elaun perlu diteruskan dan dinaikkan.