Home Politik 2 lagi MP UMNO akan tarik balik sokongan – Puad

2 lagi MP UMNO akan tarik balik sokongan – Puad

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ada dua lagi Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, dengan itu jumlah sokongan yang perdana menteri ada menjadi 98 daripada 100 ahli Parlimen.

Oleh itu, katanya, perdana menteri tidak perlu tunggu 6 September ini untuk usul undi tak percaya.

”Cepatkan sahaja sidang khas Parlimen ke bulan Ogos ini. Lagi bagus kalau PM letak jawatan segera,” katanya yang memohon Yang di-Pertuan Agong melantik caretaker untuk tempoh enam hingga 12 bulan. – MalaysiaGazette