Home Nasional Kenderaan penjara dan empat kenderaan lagi terbabas akibat tumpahan diesel

Kenderaan penjara dan empat kenderaan lagi terbabas akibat tumpahan diesel

Sebuah kereta terbakar selepas terkena percikan api daripada tumpahan diesel di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, Bentong.

BENTONG- Sebuah van milik Jabatan Penjara Malaysia dan empat buah kenderaan lain terlibat dalam satu kemalangan jalan raya termasuk di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, Bentong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohd Shahril Ab Rahman berkata, kejadian yang berlaku pada jam kejadian 5.30 pagi semalam berpunca daripada tumpahan minyak diesel di atas jalan raya.

Menurutnya, sebuah kereta yang datang dari arah Felda Mempaga menuju ke Temerloh mendapati ada tumpahan minya serta percikan api apabila sampai di tempat kejadian di KM 15 Jalan Felda Mempaga- Chinta Manis.

Van milik Jabatan Penjara Malaysia yang terbabas.

Percikan api itu terkena kereta tersebut lalu terbakar, manakala empat buah kenderaan lain juga terbabas akibat tumpahan diesel itu.

Akibat nahas itu, salah seorang mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan siku kanannya dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan susulan.

Manakala pemandu dan penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Anggota bomba sedang membersihkan tumpahan diesel di jalan raya di KM15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, Bentong.

Mohd Shahril berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.

Dalam pada itu, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette