Home Nasional Kejadian buaya bawa mayat bukan di Jambatan Pulau Pinang

Kejadian buaya bawa mayat bukan di Jambatan Pulau Pinang

Tangkap layar menunjukkan seekor buaya membawa mayat ke permukaan laut yang didakwa berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seekor buaya membawa mayat ke permukaan laut yang didakwa berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tiada penemuan mayat dilaporkan di kawasan berkenaan setakat ini.

Soffian Santong.

”Tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu buat masa ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat yang memaparkan seekor buaya membawa mayat seorang wanita ke permukaan laut.

Video tersebut dirakam sekumpulan individu yang dipercayai berada di kawasan kejadian sebelum ia tular di media sosial. – MalaysiaGazette