Home Dunia Korban kebakaran hutan di Algeria terus meningkat

Korban kebakaran hutan di Algeria terus meningkat

ALGIERS – Jumlah korban kebakaran hutan dan belukar di Algeria meningkat kepada 65 nyawa dan 28 daripada mangsa adalah tentera yang ditugas untuk mengawal dan memadam api.

TRT World melaporkan 12 daripada askar yang terperangkap dan berjaya diselamatkan kini berada dalam keadaan kritikal.

Kebanyakan daripada mangsa korban dilaporkan berlaku di daerah Tizi Ouzou yang terletak di bahagian timur ibu negara, Algiers.

Susulan kejadian itu, Presiden Abdelmadjid Tebboune mengumumkan perintah berkabung selama tiga hari.

Ketika ini, kerajaan telah mengerah lebih ramai tentera ke kawasan bergunung di wilayah Kabylie dalam usaha memadam kebakaran.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Algeria, Kamel Beldjoud mendakwa kejadian kebakaran yang berpunca dari perbuatan sengaja.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak disahkan dengan sebarang bukti. – TRT World