KUALA LUMPUR – Puspakom menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Teluk Kumbar, Pulau Pinang mulai hari ini bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi. Ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Pembukaan semula Puspakom Teluk Kumbar akan dimaklumkan kelak.
Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.
Temujanji pemeriksaan boleh dilakukan semula apabila Puspakom Teluk Kumbar
beroperasi kembali seperti biasa.
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh ke cawangan berdekatan iaitu PUSPAKOM Mak Mandin (bagi semua kategori kenderaan) atau PUSPAKOM Batu Maung (bagi kenderaan perdagangan ringan dan kenderaan persendirian sahaja).
Pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika
menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan. – MalaysiaGazette