Home Utama Sultan Ibrahim bimbang kes Covid-19 di Johor masih tinggi

Sultan Ibrahim bimbang kes Covid-19 di Johor masih tinggi

Sultan Ibrahim Sultan Iskanda bertitah ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ke-4 Dewan Negeri Johor yang ke-14. foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

ISKANDAR PUTERI – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kebimbangan ancaman wabak dan kematian akibat Covid-19 yang masih tinggi di negeri Johor pada masa ini berbanding tahun lalu.

Kebimbangan baginda itu ditambah dengan wujudnya varian Covid-19 baharu yang lebih mudah berjangkit dan cepat merebak sehingga meragut nyawa pesakit.

Oleh itu, baginda menasihatkan semua rakyat agar lebih berhati-hati, kurangkan pergerakan keluar rumah dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh kerajaan.

Baginda juga mengingatkan persidangan dewan kali ini hendaklah dibuat dengan berhati-hati.

“Pastikan semua yang hadir mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Penilaian risiko kesihatan hendaklah dibuat setiap hari.

“Jika ada ancaman risiko yang tinggi, saya minta tuan speaker tangguhkan sidang dewan ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ke-4 Dewan Negeri Johor yang ke-14.

Baginda turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang cekal berkhidmat dalam menangani wabak Covid-19.

Sultan Ibrahim juga menzahir ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan Kerajaan Pusat yang memberikan lebih banyak bekalan vaksin kepada negeir Johor.

“Penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan sama ada bantuan makanan, kewangan dan sebagainya bagi membantu rakyat yang terjejas.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga wabak ini segera hilang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang sempurna, sentosa dan bahagia,” titah baginda. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. “In adalah dewan yang mulia, bukannya dewan Sangkar Beruk. Ingat pesanan saya tuan Speaker. Jalan kerja baik-baik,” titah baginda lagi.

    Titah Sultan Ibrahim lagi, ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi masa untuk bersatu dan bekerjasama.

    UMNO nak ikut nasihat wak zahid dan keputusan MT…apalagi BERANI tarik sokongan pusat terus ke dun johor…INGAT 2 ORANG ADUN tarik sokongan MB JOHOR….umNO BOLEH Kambus kubur sendiri…sinonim negeri kelahiran dan kubu kuat .

Comments are closed.