PUTRAJAYA – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Kelantan menafikan dakwaan nota suara kononnya Pasar Siti Khadijah ditutup berikutan jangkitan Covid-19 serta terdapat kematian dalam kalangan peniaga.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam tadi menjelaskan berita itu telah tular di media sosial.
Menurutnya pihak MPKB-BRI meengskan berita kononnya Pasar Siti Khadijah ditutup adalah tidak benar.
MPKB-BRI menjelaskan tiada sebarang arahan bagi penutupan operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah diterima daripada pihak Kementerian Kesihatan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.- MalaysiaGazette