Home Ekonomi Bank Pusat mampu berdepan risiko krisis politik

Bank Pusat mampu berdepan risiko krisis politik

Bank Pusat itu menyifatkan pendirian semasa dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengekalkan fokus kepada mandatnya untuk memastikan kestabilan monetari dan pasaran kewangan yang teratur walaupun berdepan apa juga krisis termasuk politik.

Bercakap dalam taklimat media, Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, apa sahaja krisis yang timbul di dalam negara pastinya akan menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.

Namun, katanya, Bank Pusat itu memiliki keupayaan menangani sebarang krisis walaupun pastinya akan memberi kesan kepada ekonomi dan kewangan negara.

Ini kerana, BNM mempunyai alat dan dasar pasaran kewangan yang cukup teratur.

“Bagaimanapun kestabilan politik memberi pengesahan dari segi pelaksanaan dasar-dasar.

“Oleh sebab itu, adalah penting perlunya kestabilan politik di dalam sesebuah negara,” katanya ketika diminta mengulas kesan ketidakstabilan politik semasa kepada ekonomi Malaysia. – MalaysiaGazette