TOKYO – Hujan lebat melanda di sebelah barat dan barat daya Jepun menyebabkan satu orang terkorban dan sekurang-kurangnya dua yang lain hilang.
Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran di seluruh wilayah negara itu, lapor media tempatan.
Amaran hujan tahap tertinggi di wilayah barat Hiroshima, memberi amaran kemungkinan berlaku banjir, limpahan sungai dan tanah runtuh.
Menurut pihak berkuasa tempatan, seorang wanita mati dan dua yang lain masih hilang setelah tanah runtuh memusnahkan dua kediaman di Unzen, di Nagasaki.
Manakala seorang lelaki berusia 60 tahun berjaya diselamatkan dari lokasi kejadian.
Menurut agensi cuaca, jumlah hujan di Unzen dan Shimabara mencapai tahap tertinggi.
Amakusa, dalam wilayah Kumamoto pula merekodkan jumlah hujan yang turun.
Di Tokyo, Perdana Menteri Yoshihide Suga mengadakan mesyuarat darurat dengan anggota Kabinet, meminta penduduk yang terjejas untuk segera berpindah jika perlu. – MalaysiaGazette