Home Nasional Penerima vaksin datang tidak ikut waktu janji temu punca PPV Persada sesak...

Penerima vaksin datang tidak ikut waktu janji temu punca PPV Persada sesak – Ayob

JOHOR BAHRU – Kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persada dekat sini didapati berpunca peningkatan pemberian vaksinasi daripada 6,000 dos sehari kepada 8,000 dos sehari.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchya yang membuat pemantauan ke pengoperasian PPV di situ pagi tadi  berkata, kesesakan itu juga disebabkan penerima vaksin datang dengan tidak mengikut janji temu yang ditetapkan.

Selain itu, hujan yang turun juga orang ramai berkumpul di bawah khemah

“Ketidakselarasan bagi penerima vaksin untuk menurunkan dan mengambil penumpang bagi tujuan vaksinasi turut menjadi salah satu punca kesesakan tersebut.

“Penyelarasan telah dibuat dan keadaan pada hari ini terkawal dan memuaskan,” katanya yang ditemui selepas mengadakan pemantauan di PPV Persada di sini.

Katanya, pemantauan dilakukan ekoran terdapat laporan kesesakan di PPV itu semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad menerusi akaun Twitternya mengarahkan agensi berkaitan untuk meningkatkan kaunter pendaftaran dan laluan ekpres untuk warga emas.

Ayob berkata, polis akan memantau aliran trafik agar laluan berjalan lancar.

“Saya berjanji perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu tular satu video kesesakan di PPV berkenaan sehingga mencetuskan kerisauan orang ramai.- MalaysiaGazette

+ posts