PUTRAJAYA – Beberapa menteri-menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) mula tiba di perkarangan Perdana Putra pada jam 9.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
Antaranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ia diikuti Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Difahamkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.30 pagi bagi menyerahkan surat perletakan jawatan. – MalaysiaGazette