
KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ‘mesyuarat Kabinet terakhir’ Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak mengaadap Yang di-Pertuan Agong, katanya.
”Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” kata beliau yang memetik Surah Aali Imran ayat 159.
Ayat al-Quran itu bermaksud “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Apabila kamu telah bertekad membuat keputusan maka bertawakkal berserah diri lah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal berserah diri”. – MalaysiaGazette