
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan terakhirnya melalui siaran langsung di televisyen pada jam 3 petang hari ini.
MalaysiaGazette difahamkan perutusan itu ada kaitan dengan perkembangan politik tanahair.
Muhyiddin dan Jemaah Kabinet telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong tengah hari tadi.
Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengadap Yang di-Pertuan Agong sebaik sahaja beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet. – MalaysiaGazette