KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem RFID yang melibatkan plaza tol terpilih kendaliannya mulai jam 1 pagi hingga 4 pagi pada hari Selasa, 17 Ogos 2021 dan Rabu, 18 Ogos 2021.
Sebagai salah satu daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan penambahbaikan pengalaman pengguna di sepanjang lebuh rayanya.
Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut akan melibatkan pengguna RFID di kawasan berikut:
• 9 plaza tol dari Hutan Kampung ke Sg. Dua
• Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
• Plaza Tol Jitra
• Plaza Tol BKE – Kubang Semang & Lunas
• Plaza Tol SPDH – Mambau & Lukut
• Plaza Tol Kempas
• Plaza Tol LINKEDUA – Perling, Lima Kedai & Tanjung Kupang
Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sungguhpun penyelenggaraan dan penambahbaikan ini melibatkan peningkatan kemampuan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) di Persada PLUS yang mungkin menjejaskan kebekersanan operasi sistem RFID di plaza tol secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, sistem kad Touch ‘n Go masih berfungsi seperti biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif.
Sehubungan itu, para pengguna juga dinasihati untuk merancang perjalanan mereka dan memastikan baki kad Touch ‘N Go mereka sentiasa mencukupi. – MalaysiaGazette