KUALA LUMPUR – Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sedih sebelum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan semalam.
Luahan itu dibuat menerusi hantaran Instagram yang turut memaparkan dia menangis hiba.
Mila yang juga pemilik Biz Milla Catering menganggap Muhyiddin telah berjasa dalam menangani penularan wabak Covid-19, selain menghulurkan banyak bantuan kepada rakyat Malaysia.
Jelasnya, dia antara penerima bantuan daripada pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin iaitu melalui Program Subsidi Upah yang membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik melanda negara pada ketika ini.
Penyanyi lagu Persis Mutiara itu mendedahkan syarikatnya telah menerima bantuan sejumlah RM76,000 sebulan ketika PKP 1.0 dan RM38,000 bagi fasa seterusnya sehingga kini.
Sementara itu, dia turut memberi nasihat kepada netizen agar tidak biadap dan keterlaluan dalam melontarkan komen terhadap isu-isu politik yang berkaitan dengan perdana menteri atau ahli politik yang lain. – MalaysiaGazette
Yeap…dan dia adalah PM yg menyebabkan lebih 12 ribu rakyat maut..menangis keluarga yg kehilangan ko tak tau? bodoh punya artis
Bingai. Rezeki itu Allah yg bagi bukan manusia. Bingai 2x.
kematian/UMUR /rezeki/jodoh….ketentuan ALLAH…..bukan SEBAB PM..jika begitu semua PM SELURUH DUNIA… kena letak jawatan sebab ramai yang mati covid……MANUSIA hanya usaha dan merancang yang lain adalah URUSAN ALLAH JUA……JADI TIDAK PERLU BODOH DAN BINGAIKAN ORANG….
pm/kerajaan BARU pun belum TENTU dapat selesaikan covid dalam sekelip mata atau 100 HARI