KUALA LUMPUR – Negara merekodkan tambahan 293 kematian baharu dengan angka kumulatif sehingga ke hari ini telah mencecah 13,077 kes, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu, sebanyak 1,054 kes pula masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu juga, 525 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Jumlah kes pulih hari ini mencatatkan sebanyak 16,468 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini kepada 1,179,046 kes,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 19,631 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam negara.
Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.
Selangor masih kekal dengan kes tertinggi harian sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah (2,103 kes) dan Kedah (1,863 kes).
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini 252,147 kes,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: