KUANTAN – Kibaran Jalur Gemilang perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat sebagai simbolik perjuangan di samping memerdekakan diri daripada pandemik Covid-19 yang melanda.
Penolong Pengarah Cawangan Media Siber Jabatan Penerangan Pahang, Zayana Zahira Mohd Isa berkata, usaha tersebut salah satu penghayatan kemerdekaan negara dan Prinsip Rukun Negara.
“Kempen Pengibaran Jalur Gemilang sebagai simbolik bukan sahaja menyambut kemerdekaan negara tapi memerdekakan diri kita rakyat Malaysia daripada Covid-19 oleh setiap rakyat Malaysia.
“Usaha Jabatan Penerangan Pahang bertanggunggung jawab dengan membuat edaran Jalur Gemilang dan Negeri Pahang diteruskan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64
Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette semasa program Info On Wheel @Merdeka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Selain itu, risalah, poster dan 100 bungkus nasi lemak diedarkan kepada anggota petugas PDRM yang terlibat dala operasi selaku barisan hadapan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihak Polis Diraja Malaysia sentiasa mengharapkan kerjasama masyarakat mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi dalam menyambut kemerdekaan.
“Walaupun ada perubahan kuasa bermula 2018, namun negara kita tetap dalam keadaan aman dan diharapkan kita kekal keamanan.
“Sebagai penjawat awam mesti melaksanakan tugas diamanahkan tidak terpengaruh dengan mana-mana, dan menyokong kerajaan semasa yang memerintah. – Malaysiagazette