Home Utama Sudah lebih sejam pemimpin utama parti politik masih menghadap Agong

Sudah lebih sejam pemimpin utama parti politik masih menghadap Agong

Kenderaan membawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah mengenai soal pelantikan Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Pemimpin utama parti-parti politik terdiri daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Bersatu dan Pas tiba di Istana Negara sebelum jam 2 petang tadi masih lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan calon perdana menteri kesembilan.

Ketika berita ini ditulis iaitu jam 3.25 petang, para pemimpin itu masih lagi berada di dalam Istana Negara.

Pemimpin yang dilihat hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesemua pemimpin utama parti dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda bagi menentukan siapakah perdana menteri kesembilan berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengarahkan semua ahli Parlimen menghantar nama calon perdana menteri pilihan masing-masing sebelum jam 4 petang esok. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

Comments are closed.