DITUBUHKAN dengan tujuan untuk menggantikan UMNO, tapi tidak lah mudah untuk gantikan parti yang telah lama bersarang dalam hati rakyat Malaysia semenjak merdeka lagi.
2018, parti ini jatuh rebah, sesetengah berpendapat bahawa parti ini tidak kalah, tapi sedang berehat dan bermuhasabah diri. Mungkin ada khilafnya, banyak juga kebaikannya untuk negara ini.
Semenjak 2018 hingga harini, pelbagai tohmahan demi tohmahan dilemparkan untuk parti ini, pemimpin korup, kluster mahkamah dan sebagainya, tapi pemimpin pemimpin parti ini, seorang pun tidak pernah lari dari dikenakan tindakan mahkamah, semuanya rela berlawan di mahkamah dan bersihkan diri mereka dari “jenayah” yang dijatuhkan pada mereka.
Hari demi hari, parti ini sedang mempersiapkan dirinya untuk kembali bangkit dan memimpin negara ini semula, PRK Tanjong Piai, PRK Cameron Highlands, PRK Kimanis serta banyak lagi BN dan Pas kemudi bahtera dengan kemenangan. Bahkan rakyat gembira dengan perjuangan UMNO dan Pas bangkit menolak Icerd dan PH yang pada ketika itu adanya PPBM.
Sehinggalah Langkah Sheraton yang menjadi pemangkin tertubuhnya PN, kestabilan politik dan ekonomi negara menjadi mangsa demi menyelamatkan karier politik seorang pemimpin yang ditolak rakyat daripada PH, melompat kepada gabungan Kerajaan bersama BN dan Pas.
Parti UMNO adalah parti lama dan warisan moyang kita, ideologinya tetap relevan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Pemimpin bersilih ganti, namun UMNO tetap menjadi tiang kestabilan negara. Bukan senang untuk membunuh parti ini hatta melalui persepsi media dan fitnah. Ia ibarat sistem yang bangkit dan berdiri dengan sendiri, membaik pulih luka, dan mengisi ruang yang ditinggalkan dengan permata kepimpinan baharu.
Sudah sudah la nak membunuh parti ini, lagi nak dibunuh, lagi teruk dan banyak dugaan yang kamu terima.
Berpencaklah di gelanggang yang sebenar nanti.
Siapa pun yang bakal dilantik menjadi perdana menteri, tidak kiralah parti mana, pandulah negara ini ke landasan yang sebenar seperti mana BN dahulu yang dijatuhkan kerana fitnah.
Ingatlah, UMNO ini bukan sekadar parti, UMNO ini adalah sistem politik melayu.
Larut, Perak