Home Sukan Kane tuduh Pengerusi Spurs mungkir janji

Kane tuduh Pengerusi Spurs mungkir janji

Facebook Tottenham Hotspur

LONDON – Penyerang sensasi, Harry Kane mendakwa pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy memungkiri janji.

Bintang Spurs itu percaya Levy tidak menunaikan janji untuk membenarkan pemain tersebut menyertai Manchester City.

Sumber rapat kepada kapten England itu berkata, Kane akan meneruskan komitmen kepada kelab walaupun kesal Spurs tidak membantu mencapai impiannya bermain untuk City.

Sumber mendakwa Kane akan dibenarkan berhijrah ke kelab lain sekiranya Spurs gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain itu masih memasang impian untuk menyertai skuad Pep Guardiola sebelum jendela perpindahan musim panas tamat pada 31 Ogos ini.

Bagaimanapun Kane, 28, mahu mendapatkan semula kepercayaan penyokong Spurs dan bersedia untuk beraksi. – Dailymail.com