Home Nasional Ketua Polis Kelantan, Perlis naik pangkat

Ketua Polis Kelantan, Perlis naik pangkat

Empat pegawai Kanan PDRM menjalani pertukaran dan kenaikan pangkat dalam pengumuman terbaharu bahagian Urusetia KPN,PDRM Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran membabitkan empat pegawai kanan polis.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara, Superintendan Skandaguru Anandan dalam satu kenyataan berkata, Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Sapiai@Shafien Mamat dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis (CP) manakala Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Datuk Surina Saad dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner (DCP).

Sementara itu, Senior Asisten Komisioner Datuk Muhamad Zaki Harun ditukarkan daripada Bukit Aman ke Kelantan sebagai Timbalan Ketua Polis negeri dan akan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Empat pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat berkuatkuasa 20 September 2021.

Beliau kini merupakan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan di Bukit Aman.

Seorang lagi pegawai kanan dari Bukit Aman iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nadzri Hussain akan kekal sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku kenaikan pangkat sebagai Deputi Komisioner.

Pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan keempat-empat pegawai kanan PDRM itu akan berkuatkuasa 20 September 2021. – MalaysiaGazette