KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah terkenal dijangka memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok.
Difahamkan bahawa pendakwah berusia lingkungan 30-an itu diminta tampil untuk membantu siasatan membabitkan kes gangguan seksual.
“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak,” kata sumber hari ini.
Siasatan terhadap induvidu tersebut dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. – MalaysiaGazette