KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.
Kenderaan yang membawa beliau bersama beberapa kenderaan pengiring lain dilihat keluar dari Pintu 1, Istana Negara pukul 3.45 petang.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak menurunkan lagi cermin sisi sebagaimana kebiasaan dan kenderaan yang membawa beliau meluncur pantas.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara pukul 2.45 petang.
Beliau yang memakai suit berwarna hitam dan bersongkok dilihat agak sugul ketika melambaai tangan ke arah media.
Difahamkan, kehadiran beliau ke Istana Negara petang ini adalah untuk mengesahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung surat akuan (SD) pencalonan penggantinya.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, kelmarin meminta semua Ahli Parlimen menamakan seorang Ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai perdana menteri. – MalaysiaGazette