KUALA LUMPUR- Setakat 18 Ogos lalu, 92,782 orang atau hampir 82 peratus peneroka telah menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam satu kenyataan berkata, kadar penerimaan dijangka terus meningkat selepas agensi berkenaan mengumumkan beberapa insentif tambahan serta memanjangkan tempoh tawaran sehingga 31 Ogos ini.
Selain itu, surat tawaran bagi insentif kos tanam semula akan dikeluarkan kepada peneroka-peneroka yang layak dalam masa terdekat.
Katanya, peneroka dalam kategori itu adalah mereka yang tidak mempunyai pinjaman atau mempunyai hutang kurang RM5,000 di mana Felda akan menanggung kos tanam semula selepas ditolak caruman tanam semula oleh peneroka tertakluk kepada jumlah maksimum RM43,200 (bagi keluasan ladang 10 ekar).
Peneroka yang tidak bersama Felda juga ditawarkan 50 peratus daripada jumlah insentif iaitu sebanyak RM21,600.
“Felda uga menjamin bahawa jumlah pinjaman peneroka adalah jumlah yang telah diaudit secara profesional merangkumi semua pinjaman-pinjaman lama yang tidak pernah dimuktamadkan dan tidak sepatutnya menimbulkan sebarang keraguan.
“Walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang isu dan maklumat tambahan, peneroka masih boleh merujuk kepada pengurusan rancangan masing-masing untuk semakan semula,” kata kenyataan itu hari ini.- MalaysiaGazette
Tak ada pun syarat dari pehak peneroka untok menjamin masa depan hidup mereka. Semuanya syarat dari pehak felda. Peneroka terus jadi alat kepentingan orang lain. Persatuan anak dah tak terfikir ke kepentingan peneroka masa depan. Yang dapat lumayan bermewah mewahan yang lain merempat kesusahan tak pun felda ambil tahu. Bila ditanya suruh sabar. ini sabar kepala bapak kau. Amanah tidak dijaga. Kira gaji kau cukup sahaja. Peneroka merempat kau biarkan.