Home Politik Ismail Sabri jumpa ahli Parlimen UMNO

Ismail Sabri jumpa ahli Parlimen UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Bakal Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat berada di sebuah hotel di ibu negara malam ini.

Naib Presiden UMNO itu tiba di hotel berkenaan sekitar pukul 8.30 malam.

Turut mengiringi beliau adalah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Sri Ismail Mohamed Said.

Sejurus tiba, Ismail Sabri sempat menyapa petugas media yang menunggu kehadirannya dan dengan ringkas menyatakan sebarang kenyataan media akan dikeluarkan esok.

“Apa apa kenyataan media esok,” katanya ringkas.

Terdahulu Ismail Sabri meninggalkan kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya sekitar pukul 8.12 malam.

Dalam pada itu, antara lain yang turut dilihat hadir adalah ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tiba selepas dipercayai menghadiri pertemuan tertutup di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 OGOS 2021.

Dipercayai pertemuan malam ini berlangsung secara tertutup dalam kalangan ahli Parlimen UMNO namun tidak dapat dipastikan agenda sebenarnya.

Petang esok, Ahli Parlimen Bera itu dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 di Istana Negara. – MalaysiaGazette