Home Nasional Kaji semula kelonggaran SOP pengembara jalani kuarantin di rumah – Najib

Kaji semula kelonggaran SOP pengembara jalani kuarantin di rumah – Najib

revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu yang akan dibentuk dalam waktu terdekat ini digesa memberi tumpuan khusus kepada kelonggaran SOP terhadap pengembara warganegara dan warga asing yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebaik tiba di negara ini.

Kelonggaran itu merisaukan rakyat Malaysia yang bimbang kemungkinan ada antara pengembara berkenaan membawa masuk varian baharu, Lambda dan Delta Plus.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat gesaan itu berkata, ini kerana varian Lamdba dan Delta Plus dikatakan kebal vaksin dan boleh mencetuskan kes baharu positif Covid-19.

“Saya harap, Ketua Pengarah Kesihatan atau kerajaan baharu akan buat U-turn serta merta dengan keputusan membenarkan pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rumah di Malaysia menjalani kuarantin di rumah.

“Langkah ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat, yang sudah lama tidak dibenarkan keluar negara.

“Kelonggaran ini hanya akan menambahkan lagi risiko bagi kemasukan varian Lambda dan varian Delta Plus yang dikatakan kebal vaksin ke dalam negara yang pada ketika ini kes baharu Covid kita masih mencecah rekod tertinggi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya Selasa lalu dilaporkan berkata, kajian penjujukan genom yang dilakukan setakat ini tidak mengesan kehadiran varian tersebut.

Kata beliau, kajian itu menunjukkan semua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian of Concern (VOC) yang dominan dan setakat ini belum ada varian Lambda yang dikesan di Malaysia.

Menurut Najib, pengembara berkenaan wajar dikekalkan menjalani kuaranti di pusat kurantin ataupun hotel seperti sebelum ini, kerana mereka golongan yang mampu membayar kos kuarantin.

“Golongan yang disasar dengan kelonggaran dasar tersebut mampu membayar kos kuarantin di pusat kuarantin atau hotel yang dipantau kerajaan. – MalaysiaGazette