LONDON – Liverpool tidak mempunyai niat untuk membalas dendam terhadap Burnley menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini kerana memadamkan rekod 68 perlawanan tanpa kalahnya di Anfield pada musim lalu.
Bagaimanapun, Pengurus pasukan the Kops menyifatkan kelab kendalian Sean Dyche itu menjengkelkan.
The Reds telah kalah kepada Burnley 1-0 di halaman sendiri pada Januari lalu yang mana ia merupakan kekalahan pertama di halaman sendiri dalam EPL selepas 68 perlawanan.
Gol tunggal itu dijaringkan oleh Ashley Barnes menerusi penalti untuk menghadiahkan kemenangan pertama di Anfield selepas menang kali terakhir pada 1974.
Ditanya sama ada dia berhajat untuk membalas dendam untuk kekalahan itu malam ini di Anfield yang akan berkapasiti penuh dengan penonton, Klopp dalam sidang media pra perlawanannya tidak pernah memikirkan tentang idea itu (membalas dendam).
“Ia satu perkara pelik, tapi ya kami kalah kepada mereka Januari lalu. Itulah bola sepak namun tidak kena mengena dengan niat membalas dendam dalam perlawanan malam ini.
“Sean melakukan yang terbaik untuk Burnley dan ia sangat menjengkelkan kami namun bersiap sedia mengharunginya malam ini.
“Kita tidak berniat untuk balas dendam tetapi mahu mempamerkan aksi positif yang sihat dan membina semangat kesukanan untuk menang di hadapan penyokong kami malam ini,” katanya.
Kekalahan kepada Burnley menjadi permulaan buruk kepada the Kops yang mula tewas dalam lima perlawanan seterusnya di halaman sendiriĀ Anfields musim lalu.
Kemudian skuad Liverpool menamatkan saingan kempen musim lalu dengan kemenangan dalam 10 perlawanan yang terakhirnya.
Malam ini pasukan Klopp turun dengan sokongan penuh penyokong yang akan membanjiri Anfield dan Klopp tidak mengambil mudah langsung kelebihan itu dan bersiap berdepan ancaman pasukan lawan nanti.-Dailymail.com