Home Dunia Tentera AS campak paket makanan mempunyai kandungan babi di lapangan terbang Kabul

Tentera AS campak paket makanan mempunyai kandungan babi di lapangan terbang Kabul

Foto: Instagram/@zf326

KABUL – Tentara Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai mengedarkan paket makanan mempunyai kandungan babi kepada warga Afghanistan yang menunggu peluang untuk meninggalkan negara itu.

Seorang warga Afghanistan bersama suami dan anak perempuannya yang terkandas di lapangan terbang itu berkongsi gambar makanan tersebut dalam akaun Instagram.

“Memberi kami makanan yang mengandungi babi yang tidak dibenarkan agama, dan 95 peratus penduduk di sini tidak tahu membaca atau bercakap bahasa Inggeris,” katanya yang memaparkan gambar paket sosej pati babi dengan perisa maple.

“Mereka tidak memberinya kepada kami, mereka mencampakkan paket ini kepada kami pada pada satu jarak,” tambah beliau.

Wanita tersebut berkongsi penderitaan keluarganya dan beribu-ribu warga Afghanistan lain yang berada di lapangan terbang Kabul dalam akaun Instagramnya.

Katanya, mereka tidur di atas ‘timbunan batu dan sampah’ dalam cuaca sejuk selama empat hari manakala tentera-tentera AS memerhatikan mereka.

“Kami tidak mempunyai senjata. Hanya mahu keluar dari sini,” tulisnya.

Beribu-ribu warga Afghanistan bergegas ke lapangan terbang Kabul dalam usaha menaiki pesawat bagi melarikan diri selepas kumpulan Taliban mengambil alih pemerintahan negara itu.

Kebanyakannya bimbang dengan kembalinya undang-undang Taliban yang didakwa keras pada 1990an yang mana kaum wanita dilarang pergi ke sekolah atau bekerja di luar rumah manakala muzik dan siaran televisyen diharamkan. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.