KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa penghargaan kepada isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang sentiasa berada di sisinya ketika waktu susah dan senang.
Perdana Menteri berkata, Muhaini yang dikahwininya ketika beliau berusia 26 tahun disifatkan sebagai seorang yang ringkas dan tidak suka menonjol.
“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu itu kami baru saja mendirikan rumah tangga.
“Nani (Muhaini) adalah seorang yang sangat ‘simple’ dan sentiasa tak mahu berada di bawah ‘spotlight’, sebab itu jarang sangat nampak dia.
“Thank you (terima kasih) Ni, sebab sentiasa ada di sisi (Ismail) Sabri. Daripada (Ismail) Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama,” katanya menerusi Facebook di sini hari imi.
Pada hantaran itu, Ismail Sabri turut memuat naik gambar Muhaini sedang membetulkan baju Melayu dipakainya, dipercayai sebelum istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette
Sejuk mata memandang…