WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata White House masih dalam perancangan untuk memutuskan proses membawa keluar mereka yang terperangkap di Afghanistan pada 31 Ogos ini.
Dalam ucapan yang disiarkan, beliau tidak berharap ia tidak akan dilanjutkan walaupun keadaannya begitu mendesak.
Katanya, keputusan itu berdasarkan keadaan logistik yang semakin sukar serta pertambahan mereka yang ingin melarikan diri.
Menurut Biden, sejak penguasaan semula Taliban di Afghanistan, lebih 28,000 telah berjaya diterbangkan keluar dari negara itu.- MalaysiaGazette