PALESTIN – Kerajaan Mesir dilapokan akan menutup sepenuhnya pintu Rafah yang menjadi satu-satunya laluan keluar-masuk yang menghubungkan negara itu dengan Gaza.
Perkara berkenaan dimaklumkan jurucakap Menteri Dalam Negeri Hamas, Iyad Al Bozom.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan tidak menjelaskan perincian penutupan yang dilaporkan berkuatkuasa hari ini.
Menurut laporan yang dipetik daripada Middle East Eye, Kaherah memaklumkan ia akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sementara itu, lebih 40 penduduk Palestin cedera selepas terkena tembakan curi yang dilakukan tentera Zionis ketika mengadakan bantahan di luar tembok yang memisahkan Gaza dengan Israel.
Ia diadakan bagi memperingati 52 tahun jatuhnya Al Aqsa ke tangan Zionis.
Remaja lelaki berusia 13 tahun antara yang cedera parah selepas ditembak di bahagian tengkok.
Berang dengan perbuatan itu, orang ramai bertindak menghampir tembok dan kemudian melepaskan tembakan dari jarak dekat kepada tentera Yahudi.- MalaysiaGazette