Home Nasional Sidang DUN Johor tangguh lagi

Sidang DUN Johor tangguh lagi

Suhaizan Kaiat

JOHOR BAHRU – Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 sekali lagi terpaksa ditangguhkan hari ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, penangguhan persidangan pagi ini berdasarkan laporan penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

“Persidangan DUN Johor yang dijadualkan berlangsung pada hari ini dan esok perlu ditangguhkan mengikut Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor.

“Berdasarkan laporan penilaian risiko JKNJ mengesyorkan persidangan ditangguhkan dewan kerana peningkatan kes Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Pada 12 Ogos lalu, Mesyuarat Pertama Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 yang telah selesai dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ditangguhkan sehingga 22 Ogos lepas bagi membolehkan penilaian produser operasi standard (SOP) persidangan yang lebih ketat dilakukan.

Pada Jumaat lalu, Suhaizan berkata, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan media diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) setiap hari sebelum memasuki dewan bagi menghadiri sidang DUN.-MalaysiaGazette