Home Dunia Remaja Palestin mati ditembak Israel

Remaja Palestin mati ditembak Israel

Imad Khaled Saleh Hashash. foto Twitter

BAITULMAQDIS – Imad Khaled Saleh Hashash, 15 tahun menjadi korban terbaharu keganasan rejim Zionis di Tebing Barat.

Mangsa terkorban selepas terkena peluru hidup ketika askar Israel bertindak menggempur kem pelarian Balata di Nablus.

Dalam keganasan pada awal pagi Selasa, Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Imad meninggal dunia selepas ditembak di kepala.

Menurut sepupunya, Khaled Ahmed, ketika kejadian yang terjaga dari tidur akibat bunyi tembakan telah meninjau keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

Bagaimanapun, ia kemudian mengundang ajal apabila dia menjadi mangsa tembakan yang dilepaskan askar Yahudi.

Israel tidak memberi penjelasan mengenai insiden berkenaan sebaliknya memaklumkan membuat operasi pada malam hari bagi memburu suspek.

Ia mendakwa ketika itu tenteranya bertindak mempertahankan diri setelah ditembak dari atas bumbung. – Agensi