KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak perlu takut dengan ugutan tarik sokongan berhubung isu pelantikan timbalan perdana menteri.
Ini kerana, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara demokratik dan mengikut Perlembagaan.
Maka sesiapa yang mahu tarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri kerana isu jawatan akan dilihat sebagai ‘budak jahat’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Malah, beliau mencadangkan elok kosongkan sahaja jawatan timbalan perdana menteri itu.
”Lagi pun nak ugut dan tarik sokongan bagaimana? Usul undi percaya di Parlimen pada 6 September 2021 akan datang sudah tidak relevan. Sudah tidak perlu,” katanya yang mengulas mengenai isu ugutan tarik sokongan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut beliau, melantik Mohamed Azmin sebagai timbalan perdana menteri umpama bunuh diri.
”Ikut komen netizen sejak Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan performance,” tambah beliau.
Lagipun, Azmin juga telah menafikan ugutan untuk tarik sokongan jika tidak dilantik sebagai TPM.
”Checkmate kepada tukang lobi dan yang berebut jawatan tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette
umNO TARIK SOKONGAN 15orang tu dipanggil MUNAFIK berpura-pura menipu dan Khianat atas sokongan yang akan diberi hingga Parlimen dibubarkannnn
umNO sentiasa DULU KINI dan SELAMANYA EGO seperti ABANG BESAR dan BUSUK HATI DENDAM KESUMAT wpun HAJAT tercapai Memusnahkan perpaduan ummah dan Silaturahim
rakyat akan lihat kehebatan umNO tadbir dan atasi covid segera…bukan GAGALAN seperti disuarakan sebelum ini
FUAD BATU API kamu janganlah lupa sebagai Tim Menteri Pendidikan dengan kuasa Dan JAWATAN Mendendami PARA PENDIDIK…akhirnya kamu tersungkurr di tangan CIKGU IDRIS JUSI MP BATU PAHAT pada PRU 13 .