Home Ekonomi 700,000 pendeposit TH masih belum tukar Akaun Dewasa

700,000 pendeposit TH masih belum tukar Akaun Dewasa

Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

KUALA LUMPUR – Hampir 700,000 pendeposit Lembaga Tahung Haji (TH) khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform
JomPay dan THiJARI.

Sehubungan itu, TH menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18
tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa agar tidak timbul
kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat
serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Menurutnya, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif. – MalaysiaGazette